DELTA SUNGAI MERAH DAN SUNGAI MEKONG



 

Delta Sungai Merah (atau Sông Hng), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.
Vietnam mengalami iklim monsun tropika, dengan kelembapan purata 84% sepanjang tahun. Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

KONVENSI HUKUM LAUT KE III

Negara Negara Tetangga